Matematik Yunani dan Keyunanian (k.k. 550 SM – 300 Masihi) Sejarah matematik

Rencana utama: Matematik Yunani
Thales dari Miletus


Matematik Greek yang dikaji sebelum zaman keyunanian hanya merujuk kepada matematik Greece. Sebaliknya, matematik Greek yang dikaji sejak zaman keyunanian (sejak 323 SM) merujuk kepada semua matematik yang ditulis dalam bahasa Greek. Ini disebabkan matematik Greek sejak masa itu bukan hanya ditulis oleh orang-orang Greek tetapi juga oleh para cendekiawan bukan Greek di seluruh dunia keyunanian sehingga hujung timur Mediterranean. Matematik Greek dari saat itu bergabung dengan matematik Mesir dan Babylon untuk membentuk matematik keyunanian. Kebanyakan teks matematik yang ditulis dalam bahasa Greek telah ditemui di Greece, Mesir, Mesopotamia, Asia Minor, Sicily dan Itali Selatan.

Walaupun teks matematik terawal dalam bahasa Greek yang telah ditemui ditulis selepas zaman keyunanian, banyak teks ini dianggap sebagai salinan karya-karya yang ditulis semasa dan sebelum zaman keyunanian. Bagaimanapun, tarikh-tarikh penulisan matematik Greek adalah lebih pasti berbanding dengan tarikh-tarikh penulisan matematik yang lebih awal, kerana terdapat sebilangan besar kronologi yang mencatat peristiwa dari setahun ke setahun sehingga hari ini. Walaupun demikian, banyak tarikh masih tidak pasti, tetapi keraguan adalah pada tahap beberapa dekad dan bukannya berabad-abad.

Matematik Greek dianggap dimulakan oleh Thales (k.k.. 624 — k.k. 546 SM) dan Pythagoras (k.k. 582 — k.k. 507 BC) walapun takat pengaruh mereka masih dipertikaikan. Mereka mungkin dipengaruhi oleh idea-idea Mesir, Mesopotamia, dan India. Thales menggunakan geometri untuk menyelesaikan masalah-masalah seperti mengira ketinggian piramid dan jarak kapal dari pantai. Menurut ulasan Proclus tentang Euclid, Pythagoras mengemukakan teorem Pythagorus dan membina tigaan Pythagorus melalui algebra. Adalah diaku secara umum bahawa matematik Greek berbeza dengan matematik jiran-jirannya dari segi desakannya terhadap bukti-bukti aksioman. [8]

Ahli-ahli matematik Greek dan keyunanian merupakan orang-orang pertama bukan sahaja untuk memberi bukti kepada nisbah (hasil usaha para penyokong Pythagorus), tetapi juga untuk mengembangkan kaedah menerusi habisan, serta saringan Eratosthenes untuk menentukan nombor perdana. Mereka menggunakan kaedah ad hoc untuk membina sebuah bulatan atau elips dan mengembangkan sebuah teori kon yang menyeluruh; mereka mengambil banyak formula yang berbagai untuk keluasan dan isi padu, dan menyimpulkan kaedah-kaedah untuk mengasingkan formula yang betul daripada yang salah, serta menghasilkan formula-formula am.

Bukti-bukti abstrak tercatat yang pertama adalah dalam bahasa Greek, dan semua kajian logik yang masih wujud berasal daripada kaedah-kaedah yang disediakan oleh Aristotle. Dalam karyanya, Unsur-unsur, Euclid menulis sebuah buku yang telah dipergunakan sebagai buku teks matematiks di seluruh Eropah, Timur Dekat, dan Afrika Utara selama hampir dua ribu tahun. Selain daripada teorem-teorem geometri yang biasa seperti teorem Pythagorus, Unsur-unsur merangkumi suatu bukti yang menunjukkan bahawa punca kuasa dua adalah suatu nisbah, dan bilangan nombor perdana adalah tidak terhingga.

Sesetengah cendekiawan mengatakan bahawa Archimedes (287212 SM) dari Syracuse ialah ahli matematik Greek yang terunggul, jika bukan ahli matematik yang terunggul di seluruh dunia sehingga masa ini. Menurut Plutarch, Archimedes dilembing oleh seorang askar Rom semasa menulis formula-formula matematik pada debu ketika berumur 75 tahun. Masyarakat Rom tidak meninggalkan banyak bukti tentang minat mereka terhadap matematik tulen.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Sejarah matematik http://www.aams.org.au/contents.php?subdir=library... http://www.jewishencyclopedia.com/view.jsp?artid=2... http://mathpages.com/home/rhind.htm http://www.saxakali.com/COLOR_ASP/chinamh1.htm http://www.hum.ku.dk/cni/papcoll/high008.html http://www.math.buffalo.edu/mad/Ancient-Africa/ish... http://www.math.buffalo.edu/mad/Ancient-Africa/leb... http://www.math.buffalo.edu/mad/Ancient-Africa/mad... http://www.math.buffalo.edu/mad/Ancient-Africa/mad... http://www.tacomacc.edu/home/jkellerm/Papers/Mense...